Mari kita buat pes tomyam homemade. Tomyam yang paling sedap selalu ada rasa yang pekat, pedas, ‘kaw’, dan rasa semua bahannya. Sekali hirup, memang nikmat!
Namun, mungkin tidak ramai yang tahu membuat sendiri pes tomyam ini dan sentiasa menggunakan perisa segera yang kini mudah didapati.
Baca juga: Rahsia Tomyam Putih Sedap, Rupanya Masukkan AIR Ini Bagi Rasa Lagi Padu!
Sebenarnya cara membuat pes tomyam tidaklah sesukar yang disangka. Malah, lebih bagus jika anda membuatnya sendiri kerana anda boleh mengubahnya mengikut citarasa masing-masing.
Ikuti resepi pes tomyam buatan sendiri dari perkongsian Cik Puan Che Bumm ini.
CARA BUAT PES TOMYAM HOMEMADE
Suka makan tomyam? Jadi, belajarlah buat pes sendiri. Alhamdulilah menjadi. Dapat banyak dan berbaloi.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Minyak masak – menumis
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Daun limau purut
- Belacan
- Gula merah
- Garam
- Serai
- Lengkuas
- Limau kasturi
- Air asam jawa
Cara-cara membuat pes:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula merah) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Selamat mencuba resipi pes buatan sendiri ini. Dijamin sihat dan sedap! Rasanya lebih ‘kaw’ berbanding beli siap di luar.
Sumber: Facebook Che Bumm
Baca juga: Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!
Kredit Blog: MyResepi
No comments:
Post a Comment